Blogger Widgets


POST 1 Title POST 2 Title POST 3 Title POST 4 Title POST 5 Title

Saturday, August 25, 2012

BLOG VIEW: AZPI SIGN, MOSES HAMPIR PASTI... HULK & CAVANI?

Salam to all...
2 match EPL Chelsea telah berlalu. 6 mata maksimum dari 2 perlawanan pertama musim. Berada di takhta liga dengan pasukan lain hanya baru bermain 1 perlawanan. Feel good? Banyak yang perlu diperbaiki oleh RDM dalam memastikan kita benar2 bersedia untuk mencabar kejuaraan liga musim ini. Perjalanan masih jauh dan Chelsea masih berpeluang untuk merebut 6 piala lagi yang ditawarkan musim ini.

RDM... 
Fear factor? yup... the Blues kini mempunyai fear factor bagi pasukan lain hadapi... Eden Hazard. 3 assist dari 2 perlawanan (tidak termasuk assist penalti) serta keupayaan menyusun permainan dan mengucar kacirkan pertahanan lawan kini mula bermain dalam kepala hotak semua manager pasukan lawan. Apa yang pasti Eden Hazard bakal melalui pengalaman yang mana kawalan dan terjahan keras dari pemain lawan. Apa yang dapat kita lihat dari 2 perlawanan  sebelum ini, pergerakan bola pantas dari pemain tengah Chelsea cukup menghiburkan yang telah lama kita hilang. 6 gol yang terhasil sebelum ni - 2 penalti. 3 dari pemain pertahanan. 1 dari Torres. Apa yang pasti Torres perlukan supply yang terbaik untuk diterjemahkan sebagai gol. Permainan Chelsea secara keseluruhannya perlu LEBIH DIMANTAPKAN! RDM tahu apa yang dia perlukan... keep calm Blues...

New Chelsea Fear Factor...
Berita John Terry yang kemungkinan besar tidak dapat diturunkan dalam perlawanan menentang Newcastle hujung minggu ini sedikit menggusarkan kita. Apapun kita sebenarnya mempunya pemain pertahanan yang berkeupayaan. Branislav Ivanovic yang telah meledak 2 gol, Gary Cahill, David Luiz, Ashley Cole, Ryan Bertrand mampu menggalas tugas ini. Hari ini pemburuan pengganti Jose Bosingwa telah selesai.

CHELSEA NEW BLUE BLOOD. Cesar Azpilicueta telah melengkapkan perpindahan ke Chelsea. Sama ada dia bersedia untuk diturunkan kita tunggu dan lihat. Apa yang pasti RDM kena lebih sikit "membasuh" pemain pertahanan Chelsea ketika ini yang kadangkala sering melakukan kesilapan yang tidak sepatutnya dalam permainan.

Musim perpindahan akan tamat seminggu sahaja lagi. Cesar Azpilicueta SIGN. Bagaimana pula dengan pencarian dalam memantapkan barisan hadapan Chelsea? perlu diingat, Chelsea akan menghadapi banyak perlawanan musim ini. Bagi saya Torres dan Sturridge sahaja sememangnya tidak mencukupi. Apa yang pasti Chelsea pasti akan mendapatkan pemain hadapan dalam minggu terakhir ini. Moses? Hulk? Cavani?

Moses... coming in
VICTOR MOSES? Apa yang saya nampak kehadiran Victor Moses mungkin menjadi kenyataan. Beberapa laporan berita UK dan blog menterjemahkan Wigan telahpun menerima bidaan Chelsea ke atas pemain berusia 21 tahun ini. Apa yang kita lihat dalam perlawanan menentang Wigan tempohari, banyak yang mampu dilakukan oleh pemain ini dalam memantapkan barisan hadapan Chelsea. Kita tunggu dan lihat.. SEHARI DUA LAGI paling lambat blog Malaysian Blues akan keluar dengan posting baru - CHELSEA NEW BLOOD: Victor Moses.

Apa yang akan berlaku selepas ini? Sebaik sahaja Victor Moses diisytiharkan secara rasmi sebagai pemain Chelsea, The Blues akan berada dalam posisi yang terbaik dalam perundingan dengan target utama iaitu HULK ataupun CAVANI. Laporan mengatakan pegawai Chelsea akan memasuki perbincangan akhir dengan kedua wakil kelab Porto dan Napoli awal minggu depan untuk memeterai perpindahan salah seorang antara meraka, Hulk atau Cavani. MALAYSIAN BLUES rasakan ianya adalah Hulk. My Choice.

RA... we got money what?
Dengan pengesahan rasmi Victor Moses nanti, Roman Abramovich akan berasa yakin bahawa Chelsea telah mempunyai "cover" untuk mengakhiri pemburuan Hulk atau Cavani - take it or leave it. Roman Abramovich tidak akan jadi bodoh untuk mengikut kehendak Porto atau Napoli sahaja.

Porto sebenarnya sengaja membawa perbincangan hingga ke saat akhir tetapi kita pasti Porto sebenarnya mahu menjual Hulk... mereka perlukan kewangan untuk penyusunan semula skuad meraka. Napoli pun sama juga. Apa yang pasti kedua-dua kelab ini sedar akan pemain mereka mahu meninggalkan mereka dan pasti akan mendengar kepada tawaran terbaik. Chelsea dalam kedudukan terbaik sekarang. Porto ataupun Napoli sendiri tahu bahawa Chelsea tidak akan membeli kedua-duanya sekali... hanya 1 sahaja. Maka, Chelsea berada dalam posisi terbaik.

HULK or CAVANI?
Fans mengharapkan perkembangan yang terbaik. Sama ada Hulk atau Cavani, hampir pasti jumlah pembelian adalah suatu yang boleh kata "ridiculous money". Apapun, saya mengharapkan Chelsea akan berjaya menandatangani salah satu daripadanya.

JUST WAIT... till the end.

MALAYSIANBLUES note:
Tak samapai 2 jam posting ini ke udara... update ~ Victor Moses telah disahkan menandatangani kontrak bersama Chelsea. Baru admin nak beradu... klik link posting terbaru...
http://malaysianblues.blogspot.com/2012/08/chelsea-new-blood-victor-moses.html


Malaysian Blues - The Chelsea FC



Berikan komen anda...

0 comments:

Post a Comment

Komen anda di sini...

MALAYSIAN BLUES - POST TERKINI

MALAYSIA SUPER LEAGUE 2014

ENGLISH PREMIER LEAGUE 2014/15

Komen anda mengenai BLOG MALAYSIANBLUES di sini...